Friday, June 20, 2014

Tanda-Tanda Hamil Muda

Tanda-Tanda Hamil Muda



 
Setiap wanita menginginkan kehidupan yang bahagia bersama keluarga dan mempunyai anak. Kehidupan nampak seperti tidak lengkap sekiranya tiadanya cahaya mata atau kanak-kanak sebagai penyeri keluarga dan sebagai satu lambang jalinan percintaan kasih sayang antara seorang wanita dan lelaki yang bergelar suami dan isteri. Setiap kali lepas alam perkahwinan, kehadiran cahaya mata menjadi satu penantian setiap pasangan.


Hamil merupakan hal yang sangat di dambakan oleh setiap pasangan suami isteri. Tetapi bagaimana tanda-tanda kehamian tersebut dapat dikesan? Terdapat pelbagai media diterbitkan atau dikeluarkan berkaitan dengan isu kehamilan dari cara mendapatkan kehamilan sehinggalah cara-cara penjagaan wanita hamil. Terkadang sebuah kehamilan yang memberikan tanda-tanda hamil muda yang sangat jelas dan dapat memberikan sebuah kebahagiaan pada mereka yang sudah lama menunggu cahaya mata mereka.


Tanda-tanda hamil muda ini agak susah untuk dikesan di awal seminggu atau dua minggu kehamilan bagi wanita yang kehamilan dan lebih-lebih lagi pada yang baru pertama kali kehamilan. Tidak ramai yang tahu tentang tanda-tanda kehamilan dan ada juga yang hanya mengikut cerita-cerita dari ibu bapa mereka sendiri atau hanya dari kawan-kawan yang sudah berumah-tangga dan mempunyai cahaya mata. Tetapi dengan teknologi sekarang juga sedikit sebanyak membantu bagi bakal ibu mengesan kehamilan mereka dan setrusnya boleh mengetahui jantina bagi kandungannya. Tanda-tanda kehamilan boleh dikesan dengan terdapatnya perubahan pada diri seseorang wanita tersebut.


Tanda awal kehamilan seringkali dikaitkan dengan kitaran haid, perubahan pada payudara, perut, dan beberapa lagi perubahan kepada diri wanita yang kehamilan tersebut. Jika mengikut pada cerita-cerita pada zaman dahulu sebelum adanya teknologi atau pengetahuan yang meluas berkenaan kehamilan, kehamilan mula dapat dikesan apabila seseorang itu mula merasa mual seperti mahu muntah, merasa pening, badan menjadi cepat letih dan lemah an beberapa lagi tanda-tandanya. Perubahan seperti ini akan ada pada setiap wanita yang kehamilan. Tetapi tidak ramai yang tahu lebih terperinci berkenaan tanda-tanda hamil muda ini. Di sini saya kongsikan sedikit maklumat lebih terperinci berkenaan tanda-tanda hamil muda yang mungkin dapat membantu anda para wanita yang menanti kehamilan ini.



 

Tanda-tanda kehamilan


Kehamilan adalah anugerah dari Tuhan untuk kita jaga dengan sebaik-baiknya. Untuk itu kita perlu mengetahui ciri-ciri awal kehamilan ini untuk menghindari atau mengelak hal-hal yang tidak inginkan, seperti berlakunya keguguran saat hamil muda. Ciri-ciri kehamilan ini pada dasarnya dapat diketahui samaada oleh orang lain atau orang terdekat kita, namun yang paling dapat merasai adanya kehamilan itu adalah diri anda sendiri.

Beberapa tanda-tanda kehamilan:


1. Pendarahan Implantasi

Pendarahan atau keluarnya tompok merah yang diikuti kejang, umumnya merupakan gejala kehamilan selepas 1 minggu dari waktu pembuahan. Pada usia 1 minggu, embrio mula melekat pada dinding rahim. Pendarahan ini terjadi lebih ringan dan lebih singkat berbanding haid iaitu berlangsung hanya kira-kira 1-2 hari saja


2. Perubahan pada payudara

Perubahan bentuk dan warna payudara juga salah satu tanda-tanda kehamilan. Biasanya perubahan pada payudara terlihat 1-2 minggu selepas hubungan intim. Warna Areola iaitu kulit sekitar putting payudara akan kelihatan lebih gelap dengan pembuluh darah yang lebih jelas. Perubahan pada bentuknya pula pada wanita yang kehamilan , payudaranya mungkin menjadi lebih besar dan terasa lebih lembut.


3. Perubahan kitaran haid

Tidak mendapat haid merupakan gejala kehamilan paling umum yang terjadi pada wanita. Namun tidak mendapat haid bukan bermakna 100 peratus hamil. Terdapat juga perkara lain yang mempengaruhi kitaran haid seperti stress, keletihan fizikal, penurunan berat badan yang drastik hingga gangguan hormon



4. Badan rasa cepat letih

Kebisaaan wanita yang kehamilan akan cepat rasa letih. Kehilangan semangat dan merasa keletihan merupakan tanda-tanda hamil 1 minggu yang paling banyak dirasakan kaum wanita. Rasa letih dan lesu biasanya dirasakan sejak minggu pertama setelah terjadi pembuahan. Hal ini disebabkan oleh peningkatan jumlah hormon progesterone dalam tubuh. Hormon progesterone ini bertugas untuk menjaga kehamilan terutama melindungi pertumbuhan janin, namun boleh menimbulkan kesan melambatkan sistem metabolisme tubuh. Setelah kehamilan memasuki bulan ke 4, biasanya tenaga akan kembali normal dan stamina kembali pulih. Hal tersebut sekaligus menandakan plasenta sudah mengalami pembentukan dengan sempurna.



5. Merasa Mual dan pening

Mual dan muntah atau biasa disebut morning sickness ini merupakan gejala kehamilan yang muncul di pagi hari. Umumnya gejala ini terjadi pada minggu 1 hingga minggu ke 12 dimana akan timbul rasa mual dan muntah serta kehilangan selera makan yang terjadi hampir setiap hari.



6. Perubahan pada emosi

Emosi juga salah satu tanda-tanda kehamilan. Kebiasaannya wanita yang kehamilan sangat cepat berubah emosi. Wanita yang hamil sangat sensitive. Mereka kadang-kala mudah menjadi seorang yang pemarah, cepat kecil hati tanpa sebab yang jelas. Perubahan mood ini kerana kesan daripada perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Tanda kehamilan ini umumnya terjadi pada semua wanita hamil.



7. Sering buang air kecil dan sembelit

Sewaktu hamil, kekerapan membuang air kecil akan semakin meningkat. Hal ini disebabkan kerana sering terjadinya penekanan pada pundi kencing oleh janin di rahim. Dalam waktu yang sama wanita hamil juga akan sering mengalami sembelit. Sembelit terjadi kerana berlaku peningkatan hormon progesterone. Hormon ini selain membuat otot rahim mengendur, juga mempunyai kesan mengendurkan otot-otot pada dinding usus sehingga mengakibatkan sembelit dan susah membuang air besar.



8. Perubahan pada deria bau dan selera makan

Wanita yang hamil kadang-kadang sensitif pada bau-bauan. Sesetengah wanita hamil berubah pada deria baunya. Jika anda boleh mencium bau apa yang sedang dimasak di rumah sebelah, anda mungkin hamil. Hal ini kerana peningkatan kadar estrogen, bau makanan tertentu boleh membuat anda mual atau muntah atau sebaliknya membuat anda menjadi lapar dan mula mengidam.



 
Cara- cara memastikan kehamilan


Sekiranya tanda-tanda hamil tersebut tidak meyakinkan apakah anda benar-benar hamil atau tidak, anda juga boleh gunakan kaedah dibawah :


1. Ujian air kencing

Untuk melakukan ujian ini ada beberapa perkara yang perlu anda perhatikan , iaitu proses pemgetesan itu sendiri , masa pengetesannya , dan membaca hasil tesnya . Ujian HCG ini adalah bentuk ujian kehamilan dengan menguji kehadiran HCG atau Human chorionic gonadothrophine . HCG merupakan hormon yang dihasilkan oleh plasenta begitu embrio daripada melekat pada dinding rahim . Hormon ini sebahagian dikeluarkan melalui air seni ibu yang sedang hamil . Alat ini sekarang banyak dijual bebas di pasaran dengan pelbagai jenama dan ujian terhadap pun boleh anda lakukan sendiri .


2. Ujian Darah

Sama dengan ujian air kencing , ujian darah juga fungsinya adalah untuk melihat kehadiran HCG , hanya berbeza caranya saja. Darah seseorang perempuan yang mungkin hamil diambil sebagai sampel untuk diuji di makmal dengan kaedah tertentu . Tahap keakuratnnya sebetulnya hampir sama .


3. Ujian dengan USG

Kadang - kadang walaupun telah melakukan ujian air kencing sendiri di rumah ada pasangan suami isteri yang masih belum yakin akan terjadinya kehamilan kerana alas an-alasan tertentu . Untuk itu mereka boleh melakukan ujian menggunakan alat ultrasonografi / ultrasound yang biasanya di hospital atau klinik - klinik. Ini akan lebih boleh meyakinkan kalau memang terjadi kehamilan anda boleh melihat gambaran embrio melalui skrin alat ultrasound .


Cara-cara menjaga kehamilan

  • Menjaga kehamilan bagi ibu hamil merupakan suatu kewajiban yang harus dipenuhi agar janin tetap dalam keadaan baik sehingga proses persalinan. Seseorang tentu menginginkan bayi yang sihat dan kelak menjadi anak cerdas yang boleh membanggakan orang tua. Maka dari itu ibu hamil perlu memberi perhatian kepada janinnya dengan beberapa langkah sihat. Seperti yang telah kita ketahui, proses kehamilan automatik akan membuat ibu hamil terdedah terhadap berbagai macam penyakit. Jika ibu hamil diserang penyakit, maka hal ini boleh memberi kesan buruk pada sang buah hati yang masih berada dalam kandungan. Di sini terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan sepanjang kehamilan:
  • Menjaga kebersihan alam sekitar.
  • Pengambilan pemakanan dan nutrisi
  • Melakukan Vaksinasi. Untuk mengelakkan jangkitan pada janin sebaiknya ibu hamil melakukan vaksin secara rutin dan teratur.


Mengenali gelaja bahaya saat proses kehamilan. Walaupun orang-orang pada umumnya tidak dapat mengesan secara pasti tentang gejala bahaya pada janin, namun ada baiknya untuk mempelajari beberapa gejala asas yang boleh membahayakan kehamilan.

Itulah beberapa tanda dan cara menjaga kehamilan yang perlu diketahui oleh pasangan suami isteri. Semua pasangan pada umumnya mahukan anak yang sihat. Maka untuk mencapai impian itu perlu diperhatikan beberapa perkara asas yang boleh membuat masa kehamilan tetap berjalan lancar.